Salam

Monday, April 5

KEPIMPINAN WANITA : SUARA UNTUK MEMIMPIN


Saya cukup berbangga melihat wanita kini semakin deras melangkah untuk memimpin Maalysia. Meskipun bukan berperanan sebagai ketua negara, namun kepimpinan wanita yang ada pada hari ini telah banyak membantu kepada pembangunan dan kejayaan Malaysia.

Dengan kekangan sekeliling yang ada di bahu wanita,ternyata membuktikan wanita tidak mudah patah semangat namun bijak merubah kekangan itu kepada cabaran yang perlu diredahi sebagai pembina jiwa besar dalam diri seorang pemimpin. Sungguh hebat wanita-wanita itu.


Baru-baru ini saya sempat berkongsi dengan sahabat-sahabat mahasiswi di beberapa buah kampus berkenaan tajuk kepimpinan wanita ini. Rata-ratanya memberikan respon yang sangat positif untuk bersama mengatur langkah agar mampu bergerak maju dan terus maju.

Semangat jiwa besar inilah yang amat saya nantikan dari pelapis kepimpinan wanita yang sezaman dengan saya agar kita sama-sama mampu mengorak langkah untuk menjadi 'minyak pelincir' kepada kepimpinan negara satu hari nanti.

Dengan semangat yang ada tidak membuatkan saya lupa diri. Sebagai generasi muda yang masih banyak lagi perlu dipelajari,saya suka menjadikan kepimpinan senior wanita yang ada pada hari ini sebagai pemangkin untuk saya.

"Golongan Muda kaya dengan 'speed',
Golongan Senior kaya dengan pengalaman"



Perkara utama yang akan menjadi perhatian saya adalah ke'power'an mereka melontarkan hujah dalam pidato dan ucapan-ucapan mereka. Kerana saya amat percaya bahawa lebih 60% keberkesanan satu-satu kepimpinan itu adalah daripada kata-kata mereka. Lebih terkesan lagi jika masing-masing mempunyai 'trademark' atau slogan tersendiri.

Maka di sini sukalah untuk saya berkongsi beberapa petikan ucapan tiga orang pemimpin wanita Malaysia dari tiga parti yang berbeza. Mereka sangat bersemangat dengan perjuangan yang mereka bawa. Mereka juga mempunyai pengaruh yang tersendiri.
- Tiga Wanita - Tiga Tokoh - Tiga Suara - Tiga Perjuangan - Tiga Pengaruh -

Mereka bersatu pada pentas yang sama - Pentas Politik Malaysia!




Ustazah Nuridah Mohd Salleh
-Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.







Datin Seri Wan Azizah Ismail
-Presiden PKR.







Dato' Seri Sharizat Jalil
-Ketua Wanita UMNO.


Saya sangat yakin sahabat-sahabat saya juga sedang menyiapkan diri untuk menyambut baton pemimpin-pemimpin wanita negara ini. Ayuh kita buktikan ke'POWER'an wanita untuk merealisasikan gerakan yang lebih maju dan laju demi Islam yang tercinta!



~Rafidahjannah melangkah dan terus melangkah~