Monday, September 8

Tokoh Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia

Ana amat tetarik dengan artikel-artikel dalam majalah TIME berkaitan "100 The Most Influential People in The World". Edisi tersebut memaparkan pandangan tokoh-tokoh terhadap insan-insan yang paling berpengaruh ini. Tumpuan ana lebih tertumpu kepada tokoh-tokoh wanita yang besar pengaruhnya dalam bidang masing-masing baik dari segi politik, hiburan, sains dan teknologi, kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

Keupayaan mereka dalam bidang-bidang tertentu banyak memberikan kesan yang besar kepada masyarakat dan menjadikan mereka luar biasa. Mereka juga seringkali menjadi idola kepada wanita-wanita di luar.

HILLARY CLINTON

Beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan isu-isu yang membolehkan beliau memberikan manfaat kepada orang lain. Beliau bekerja keras untuk memperbaiki nasib kanak-kanak dari segi kesihatan danpendidikan untuk memastikan kejayaan mereka pada masa hadapan.



JILL BOLTE TAYLOR

Pengalaman sepanjang menanggung kesakitan mengajar beliau untuk berusaha sehabis baik bagi membantu pesakit-pesakit lain. Pada tahun 1996, pakar neuronanatomist ini pernah menderita sakit pendarahan otak yang amat serius. Daripada pengalaman perit itulah beliau bangkit untuk mencari penawar pederitaan itu bagi memastikan pesakit lain dapat merasai kehidupan yang sempurna tanpa penderitaan.




MICHELLE BACHELET


Beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan isu-isu yang membolehkan beliau memberikan manfaat kepada orang lain. Beliau bekerja keras untuk memperbaiki nasib kanak-kanak dari segi kesihatan dan pendidikan untuk memastikan kejayaan mereka pada masa hadapan.







RAFIDAHJANNAH


IIUM Future Leader! Pemimpin berjiwa BESAR dalam membawa agenda merakyat perjuangan Islam. Bercita-cita untuk memacu gerakan mahasiswi terus mara ke hadapan menjuarai isu-isu rakyat, bukan hanya berada di sebalik tabir.





Sebenarnya semua orang bisa menjadi tokoh yang berpengaruh dalam apa jua bidang bergantung kepada usaha dan kesungguhan untuk memajukan diri masing-masing. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatujukita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat,kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!


Apabila kita duduk semeja dengan orang-orang yang besar pengaruhnya, ambillah sebahagian semangatnya untuk kita majukan diri. Jangan rasa segan kerana mereka juga insan biasa seperti kita tapi berusaha luar biasa daripada kita. Pengalaman ana bersama sahabat-sahabat yang hebat dan pemikir banyak meninggalkan kesan dalam diri ana. Daripada merekalah ana belajar banyak skil kepimpinan seperti mengasah minda dan berani berhujah. Ya,ana bukan yang terbaik tapi tak salah kan jika ana mahu jadi yang terbaik! Semuanya terletak pada diri kita untuk melakukan perubahan.





Melangkah dan terus melagkah mara ke hadapan.