Salam

Monday, September 8

Tokoh Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia

Ana amat tetarik dengan artikel-artikel dalam majalah TIME berkaitan "100 The Most Influential People in The World". Edisi tersebut memaparkan pandangan tokoh-tokoh terhadap insan-insan yang paling berpengaruh ini. Tumpuan ana lebih tertumpu kepada tokoh-tokoh wanita yang besar pengaruhnya dalam bidang masing-masing baik dari segi politik, hiburan, sains dan teknologi, kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

Keupayaan mereka dalam bidang-bidang tertentu banyak memberikan kesan yang besar kepada masyarakat dan menjadikan mereka luar biasa. Mereka juga seringkali menjadi idola kepada wanita-wanita di luar.

HILLARY CLINTON

Beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan isu-isu yang membolehkan beliau memberikan manfaat kepada orang lain. Beliau bekerja keras untuk memperbaiki nasib kanak-kanak dari segi kesihatan danpendidikan untuk memastikan kejayaan mereka pada masa hadapan.



JILL BOLTE TAYLOR

Pengalaman sepanjang menanggung kesakitan mengajar beliau untuk berusaha sehabis baik bagi membantu pesakit-pesakit lain. Pada tahun 1996, pakar neuronanatomist ini pernah menderita sakit pendarahan otak yang amat serius. Daripada pengalaman perit itulah beliau bangkit untuk mencari penawar pederitaan itu bagi memastikan pesakit lain dapat merasai kehidupan yang sempurna tanpa penderitaan.




MICHELLE BACHELET


Beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan isu-isu yang membolehkan beliau memberikan manfaat kepada orang lain. Beliau bekerja keras untuk memperbaiki nasib kanak-kanak dari segi kesihatan dan pendidikan untuk memastikan kejayaan mereka pada masa hadapan.







RAFIDAHJANNAH


IIUM Future Leader! Pemimpin berjiwa BESAR dalam membawa agenda merakyat perjuangan Islam. Bercita-cita untuk memacu gerakan mahasiswi terus mara ke hadapan menjuarai isu-isu rakyat, bukan hanya berada di sebalik tabir.





Sebenarnya semua orang bisa menjadi tokoh yang berpengaruh dalam apa jua bidang bergantung kepada usaha dan kesungguhan untuk memajukan diri masing-masing. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatujukita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat,kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!


Apabila kita duduk semeja dengan orang-orang yang besar pengaruhnya, ambillah sebahagian semangatnya untuk kita majukan diri. Jangan rasa segan kerana mereka juga insan biasa seperti kita tapi berusaha luar biasa daripada kita. Pengalaman ana bersama sahabat-sahabat yang hebat dan pemikir banyak meninggalkan kesan dalam diri ana. Daripada merekalah ana belajar banyak skil kepimpinan seperti mengasah minda dan berani berhujah. Ya,ana bukan yang terbaik tapi tak salah kan jika ana mahu jadi yang terbaik! Semuanya terletak pada diri kita untuk melakukan perubahan.





Melangkah dan terus melagkah mara ke hadapan.



14 comments:

Anonymous said...

Dear Sis,

May Allah S.W make your dream come true and it is good to have such dreams.

Ramadhan Karim

Anonymous said...

kita menunggu serikandi muslimah yang mampu menggetarkan jiwa musuh dan jiwa pengecut sang lelaki!

tahniah krn enti puny smenagat sebegini hebat! enti ada kemahuan, ana yakin semua jadi:-)

Anonymous said...

Ini Srikendi!

Manusia yang susah nak terima pendapat orang lain!

Tak boleh dikritik terus melenting!

Orang macam nak jadi tokoh wanita?

Pigiraaaaaa!!!

Anonymous said...

kpd anonymous..hati2 bila bercakap..ckp org pndang diri dulu..pantang ana ade org kate shbt ana gitu..mgkin waktu itu ade ksilapan komunikasi menyebabakan masalah berlaku.tidakkah kita sama2 saling membetulkan utk sama2 kita memajukan Islam?tak perlu bermusuh.itu bukan tuntutan Islam.rugi kita bercanggah benda2 yang membawa faedah.apa salahnya raikan apa yang tak dilarang syarak?mgkin srikandi ini ada kekurangan,itu fitrah manusia.tidak ada manusia yang sempurna.hatta kita sendiri pun byk lagi kekurangan.tak gitu?belum tentu semua orang suka kita syeikh..

muharrikdaie said...

Terus terang saya katakan, untuk menjadi serikandi memerlukan tarbiyah yang mapan dan panjang. Tanpa melalui proses tarbiyah dan berintima' dengan jamaah kita hanya boleh berkhayal dialam mimpi.

Inilah dia sistem dan sunnah yang harus kita ikut tracknya.Tarbiyah yang ingin kita lalui hanya dapat diisi oleh jamaah yang meletakakn dakwah sebagai jalannya bukan politik kepartian yang sempit ...

Cuma jangan libatkan diri dengan politik kepartian yang banyak menjejaskan ukuhuwah dan potensi dakwah

Teruskan cita cita itu dan carilah jamaah dakwah dan tarbiyah dan jangan cari jamaah yang berkepentingan politik tanpa tarbiyah dan usrah yang berterusan

Wallahuaklam

Ummu Ayman said...

Assalamualaikum wr. wb,

Wahai anakku ...

Perjuangan Islam memerlukan kesabaran kerana InsyaAllah kesabaran itu akan melembutkan hati dan Hidayah Allah akan mudah turun pada hati yang telah tersedia untuk menerima hidayahNya iaitu hati yang ikhlas, berserah dan bersih ...

Pastinya kita tidak akan boleh bersabar kecuali dengan pertolongan Allah ...Mohonlah pertolongan dari Allah agar diberikan kita kekuatan untuk bersabar ... InsyaAllah Allah itu Maha Memperkenankan Permohonan HambaNya ..

Teruskan impianmu menjadi mujahidah akhir zaman, membangunkan sebuah Tamadun Islam di bumi Malaysia ini dan meletakkan Islam kembali ditempatnya. Dakwah dan pembangunan daulah Islamiah harus seiringan ...

Ummah memerlukan insan seperti mu ... dekatkan diri kepada Allah SWT, solatlah dengan penuh kekhusyukan, infaqkan kehidupan mu untuk perjuangan Islam, insyaAllah di sana menanti pertolongan Allah yang akan membimbingmu menggapai darjat ihsan yang dikasihi Allah insyaAllah ..
Salam Ukhuwah

Ummu Ayman
www.ummuayman.blogspot.com
Solat Center Malaysia

keretasorong said...

moga mnjadi wanita berpengaruh laksana khadijah, pemergiannya sentasa di ingati.

perubahan kpd titik mula perkembangan Islam sngt besar...

salam maju jaya ^_^

sabrina said...

mslh orang agama suka nak mencela sesama sendiri..sepatutnya ia tidak harus berlaku..dakwah dan tarbiyah boleh berjalan seiring..
bukan semua orang mendapat tarbiyah yang benar dan asuhan yang mantap serta didikan yang hebat semenjak awal usia lagi..

kelemahan juga seharusnya dibaiki,ditegur dan dibantu..bukan setakat mencela..

yang tidak layak bercakap..
(sbb tu tulis je)

Anonymous said...

siapa rafidah tu??hebat sangatkah dia??tidak makankah dia??atau tidak minum kah dia??aatau mungkin dia tidak pernah tido???

hehe...
salam
dr saudarimu yang jauh
negeri di bawah bayu sabah..
comei betui blog..

Anonymous said...

nak kenal rafidahjannah?xde manusia yg tak makan n tak tido.mustahil.fitrah manusia.
uniknya rafidahjannah,seorg yg sntiasa bersemangat membangun diri untuk masa hdpn.tak bererti die tak mlakukan kesilapan tp kesilapan diperbetul sgera.kecil orgnya tp berjiwa besar.makannya sikit,tidurnya bila mata t'pejam.ada org sbgini tp tak ramai.rafidahjannah berusaha memperbaiki diri utk sama2 bangunkan Islam.lead muslimah become future leader.
thats what i know about rafidahjannah.
tak update blog tak membuktikan die senyap tanpa membangun diri.cuma ada agenda yg perlu diutamakan.
selami hati budi,baru tau siapa rafidahjannah.
to fida,mind ur step my dear.supaya kite tak tersasar dr niat dan landasan sbnr.teruskan perjuangan sahabatku...
~ur friend~

magsob said...

ish..gaduh2 plak..

::FaQirah alHawari:: said...

salam wb.

ini dia k.fidah..

=) kamu memang srikandi di mata ku kak fidah..

Subhaanallah.

Anonymous said...

Burberry Safety-valve on the block online.The Most beneficent Burberry outlet www.burberryoutlet--store.comProduce to go for cheap Burberry safety-valve products online. Obliterate [url=http://www.burberryoutlet--store.com/]Burberry outlet[/url] vent shield tainted upto 70%, and unrehearsed shipping!

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.