Friday, July 17

SMM : SELAMATKAN SELATAN THAILAND


DEMONSTRASI MAHASISWA MEMBANTAH KEKEJAMAN KE ATAS SELATAN THAILAND

JUMAAT (17/07/2009)

2.00 PM (SELEPAS SOLAT JUMAAT)

BERKUMPUL DI HADAPAN MASJID TABUNG HAJI (LRT AMPANG PARK)

TEMA PUTIH

KE ARAH REJUVENASI THAILAND!

~Melangkah dan terus melangkah menyelamatkan umat Islam di selatan Thailand~

Friday, July 3


Bersempena dengan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara, beberapa anggota Gamis cawangan negeri Perak telah berkesempatan untuk menemui S.S Dato’ Seri Mufti Negeri Perak pada 9 Jun 2009 yang lepas di pejabat beliau bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta seterusnya menjemput beliau untuk hadir sama ke kongres yang julung-julung kalinya diadakan ini. Ikuti sedutan penting temuramah ringkas kami bersama beliau.
GAMIS Perak : Assalamualaikum wbr. Terima kasih kerana sudi menerima permohonan kami untuk bertemu dengan Dato’ Seri biarpun jadual yang begitu padat.Kami amat berbesar hati dapat bertemu bual dengan Dato’ Seri yang cukup disegani sebagai seorang mufti yang konsisten dan lantang memperjuangkan isu ummah seperti isu gejala murtad suatu ketika dahulu. Baiklah, diringkaskan cerita, selaku orang yang cukup masak dalam lapangan masyarakat dan berdepan secara langsung dengan permasalahan ummah, apakah pandangan Dato’ Seri berhubung dengan sistem pendidikan khususnya sistem pendidikan Islam yang diamalkan di Malaysia kini?
Mufti Perak : Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Baiklah, sewaktu zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah merubah Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan, dengan tujuan bahawa kita bukan belajar ilmu sekadar untuk melahirkan intelektual semata-mata, tapi kita belajar untuk menjadi seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Kerana itulah diubah kepada Kementerian Pendidikan. Jadi termasuk dalam usaha ini yang kita panggil sebagai tarbiyyah Islamiah. Saya dah bangkitkan lama isu pendidikan Islam ini, satu di antaranya kesilapan yang paling besar pernah dibuat ialah apabila subjek pendidikan Islam ini tidak dijadikan matapelajaran yang wajib , ia hanya menjadi subjek sampingan. Yang kedua, Islam hanya diajar untuk pengetahuan bukan untuk amalan, jadi kerana itu kita kena ubah sistem yang sedia ada ini. Umpamanya kita kena usahakan dalam bahagian pendidikan aqidah, tekankan bahagian aqidah Islamiyah ini sehingga para pelajar kita benar-benar menjadi yakin dan benar pegangan aqidahnya. Kita juga perlu tekankan aspek pendidikan syariah Islamiyyah, hingga mereka merasakan satu kewajiban untuk melaksanakan syariat Allah, barulah akan lahir manusia yang sebenar-benar mukmin .
Gamis Perak : Jadi Dato’ Seri, izinkan saya mencelah. Apa yang dinyatakan Dato’ sebentar tadi menggambarkan kelompongan yang begitu ketara dalam sistem pendidikan Islam di Negara ini. Sekiranya tiada perubahan dilakukan, bagaimanakah Dato’ Seri melihat natijah yang bakal berlaku?
Mufti Perak : Sekiranya ini tidak dilaksanakan akan melahirkan manusia yang muslim hanya pada nama, bahkan jauh daripada ciri-ciri yang layak selaku mukmin. Ini yang kita kena ubah. Saya dah bercakap lama isu ini , tapi ramai orang marah. Akibat dari sistem pendidikan yang pincang ini yang kita tinggalkan terus urusan agama, akhirnya lahir satu generasi yang hanya hidup dalam kepalanya memikirkan soal kebendaan, diburukkan lagi dengan sogokan media-media dengan hedonism dan pesta-pesta yang bukan-bukan, sehingga masyarakat menjadi lalai. Maka ketika inilah kita lihat anak muda kita mudah dipengaruhi dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya yang dengan itu dijadikan umpan untuk merosakkan umat.
Gamis Perak : Bercakap berkenaan kerosakan ummat, pada kami, kami melihat kaitan yang begitu rapat antara pendidikan Islam dan isu keruntuhan akhlak dan kekosongan jiwa masyarakat daripada penghayatan Islam yang akhirnya menjurus kepada lemahnya iman dan berleluasanya gejala murtad. Adakah Dato’ Seri bersetuju dengan kenyataan ini dan bolehkah Dato’ Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’ Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?
Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi. Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).
Gamis Perak : Jadi, apakah langkah yang sepatutnya kita lakukan?
Mufti Perak : Saya rasa sampai masanya kita kena bertindak dan lakukan sesuatu. Keadaan yang sedia ada ini perlu diubah dan diperbetulkan. Saya amat berharap agar kongres ini sebolehnya dijemput semua ngo-ngo,badan-badan, dan parti-parti politik termasuklah UMNO sebagai satu force dan kuasa yang cukup kuat untuk mendesak kerajaan berfikir dan melakukan perubahan demi kesejahteraan generasi akan datang.
Gamis Perak: Untuk pengetahuan Dato’ Seri, insyaALLAH wakil-wakil dari ngo, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan parti-parti politik termasuklah UMNO memang telah dijemput untuk menghadiri kongres ini. Izinkan saya bertanyakan soalan yang terakhir, sekiranya perubahan tidak dilakukan, apakah yang akan terjadi, dan apakah harapan Dato’ Seri terhadap usaha kami dalam menganjurkan kongres ini?

Mufti Perak : Saya berpandangan, selagi sistem pendidikan Islam terus dianaktirikan dan dipandang sebagai benda sampingan, maka selagi itulah masalah kepincangan ummah dan kerosakan nilai ini tidak akan berubah ke arah yang lebih baik bahkan akan bertambah parah lagi. Alhamdulillah , saya amat terharu kerana kesedaran ini timbul dari penuntut atau mahasiswa itu sendiri. Sepatutnya warga pendidik yang sedar dan berjuang melaukan tindakan yang sepatutnya tetapi tidak berlaku sebaliknya perubahan mahu dilakukan oleh kaum mahasiswa.. Saya rasa saya amat bersetuju dengan penganjuran kongres ini dan berbesar hati untuk mengikutinya, dan berharap hasil yang lumayan daripada kongres ini. Saya amat-amat berharap, selama hayat masih ada di dunia ini, saya mahu lihat sistem pendidikan Islam di Negara ini diangkat dan diutamakan sebagai kunci penyelesaian masalah ummah yang kian parah ini..
Gamis Perak : Terima kasih Dato’ Seri..
-GAMIS PERAK-

~Melangkah dan terus melangkah memartabatkan insan~

Wednesday, July 1

KELANTANGAN MAHASISWA UM

SISWA UM BERTINDAK JIKA DIPECAT

Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam. Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.
"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.
"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."
Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang. Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpuan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.
Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil."Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.
Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu.
Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.
"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.
"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".
Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.
-malaysiakini-

KELANTANGAN MAHASISWA UM

'BINI PUAKA' SERET 2 MAHASISWA KE MAHKAMAH


Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.
Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.
Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.
Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam. Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.
Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 seorang untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.Nombor motosikal sukar dilihat.Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar.
Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.Mohd Izzudin dan Mohd Syahruldeen sebelumnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap pertuduhan menunggang motosikal bernombor pendaftaran yang sukar dilihat.Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta di fakulti yang sama pada tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum denda maksimum RM3,000.Majistret Hafizza Sauni membenarkan masing-masing diikat jamin RM500 dan menetapkan 13 Julai bagi sebutan semula kes.
Menurut laporan Bernama malam ini, kedua-dua tertuduh terpaksa bermalam di penjara kerana kaunter pembayaran jaminan telah ditutup berikutan prosiding mahkamah berakhir 5.30 petang.Susulan siasatan terhadap kes tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar universiti tersebut, termasuk sebuah yang disewa wanita. Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.
Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya. Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya.
Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib. Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang pegawai Universiti Malaya berkata pihaknya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini."Biarkan polis kendalikan kes ini," demikian arahan yang diterima beliau, yang enggan dinamakan.
-malaysiakini-

Tuesday, June 23

GAMIS : PROJEK MEGA GAMIS 2009

________________________

KONGRES REJUVENASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA
(KO-SPIN 'O9)





K K K
O O O
- - -
S S S
P P P
I I I
N N N

' ' '

0 0 0

9 9 9


_________________________


KONSERT ANTARA DUNIA
(KAD '09)



K K K


A A A

D D D

' ' '
0 0 0
9 9 9

_______________________

GAMIS : KO-SPIN '09




KONGRES REJUVENASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA
(KO-SPIN)

OBJEKTIF
-Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara.
Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.
-Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
-Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara.
Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.


INFO KO-SPIN '09

Tarikh : 11 Julai 2009
Tempat : Auditorium D8 Putrajaya
Bayaran peserta : RM 20



GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)

Sekreteriat Ko-SPIN '09,
8-4, The Right Angle,
Jalan 14/22, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-79554300
Email : aktivisislam@gmail.com
Website : http://gamisdaily.com/
http://kongrespendidikan.blogspot.com
TEMA
REJUVENASI PENDIDIKAN, MEMARTABATKAN INSAN

~Melangkah dan terus melangkah merejuvenasikan pendidikan~

SIGMA : ISU BOHSIA KE KO-SPIN '09


Dua bulan lepas, SIGMA merancang untuk membawa isu 'bohsia' yang melibatkan remaja perempuan dengan lebih serius. Setelah beberapa siri brainstorming, kami mendapati antara punca berlakunya masalah ini adalah sistem pendidikan yang dilalui oleh pelajar-pelajar pada hari ini.
Maka, dengan perbincangan serius di peringkat MT GAMIS, kami mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah kongres pendidikan Islam bagi membincangkan masalah dasar pada sistem pendidikan yang disifatkan semakin lemah dan mencari jalan penyelesaiannya. Dengan kelemahan itu, maka lahirlah semakin ramai samseng jalanan, bohsia yang sekaligus menaikkan tingkat peratusan masalah gejala sosial pada hari ini.
Berbekalkan dengan desakan yang amat kuat itu, kami mengharapkan kerjasama semua pihak terutama ahli-ahli GAMIS yang terdiri dari golongan intelektual untuk sama-sama membantu menjayakan kongres ini. Sekaranglah masanya untuk mahasiswa menunjukkan keseriusan dalam membantu pembentukan generasi cemerlang pada masa hadapan.
Menjadi impian kita untuk melihat Malaysia bersih daripada gejala-gejala yang tidak sihat ini. Juga kita mengimpikan generasi muda kini bakal menjadi pemimpin negara dan merealisasikan segala agenda untuk memajukan Malaysia di mata dunia. Ayuh mahasiswa, bersama kita cari penyelesaian untuk masalah yang membantutkan pembinaan generasi muda ini.
"REJUVENASI PENDIDIKAN, MEMARTABATKAN INSAN"

~Melangkah dan terus melangkah merejuvenasikan pendidikan, memartabatkan insan~

SIGMA : PENERUS PERJUANGAN

Perjuangan perlu diteruskan walau pejuangnya silih bertukar ganti. Begitulah adat kita sesama manusia, setiap sesuatu pasti ada penggantinya.
Kepimpinan SIGMA sesi 08/09 bakal melabuhkan tirai bagi sesi ini dan bakal diteruskan oleh insan-insan yang jauh lebih hebat daripada kami. Ana sangat yakin dengan kepimpinan mahasiswi pada hari ini akan melakukan sehabis baik bagi memastikan gerakan mahasiswi muslimat terus maju dan laju ke hadapan.
Sifat kepemimpinan boleh dipupuk oleh setiap individu, cuma samada kita nak atau tak nak sahaja. Setiap daripada kita adalah pemimpin. Ada yang memang sudah mempunyai sifat-sifat pemimpin secara semulajadi, juga ada di antara kita yang memerlukan sedikit latihan untuk menjadi pemimpin berjiwa besar.
Dengan mengambil semangat slogan Muslimat POWER!, ana sangat mengharapkan seluruh mahasiswi dapat berganding bahu melakukan perubahan bagi melajukan perjuangan ini. Ini bukan sekadar slogan kosong, namun di sebaliknya tersirat 1001 semangat perjuangan yang membara yang perlu hadir dan diterbitkan dalam diri kita semua.

Usaha keras muslimat menjadikan gerakan muslimat terus POWER!

Kini, perjuangan SIGMA akan terus didokong oleh pimpinan yang baru. Walaupun pertukaran secara rasminya hanya akan berlaku sedikit masa lagi, namun dek kerana semangat dan kesungguhan yang sangat terserlah pada kepimpinan akan datang, menjadikan mereka sudah cukup bersedia untuk meneraju kepimpinan SIGMA. Inilah yang dikatakan Muslimat POWER!
Dengan diketuai oleh saudari Fasihah yang berjiwa besar ini, langkah SIGMA akan terus maju dan laju bagi merealisasikan segala agenda yang telah dirancang.


Meneruskan langkah Muslimat POWER!


Namun suka ana untuk mengingatkan mahasiswi semua, segala agenda tidak akan tercapai jika tiada kerjasama daripada semua. Mulakan dengan penerapan elemen MP3 pada diri masing-masing, insyaAllah perjalanan yang lain akan lebih mudah.
Jika kepimpinan ana kurang memberikan impak pada gerakan muslimat itu sendiri, maka sekaranglah masanya untuk kita mengangkat gerakan ini agar terus relevan di bawah kepimpinan yang baru.


~Melangkah dan teruskan meneruskan perjuangan Muslimat POWER!~

RESPON (7) : MELAJUKAN DEWAN MUSLIMAT PAS YANG LAYU

Dua hari lepas, ana sempat bertemu enam mata dengan dua orang wakil pimpinan DMPP yang baru dilantik selepas muktamar 2 minggu yang lalu. Sempat juga kami membincangkan halatuju dan corak gerakan yang ingin dibawa oleh barisan pimpinan DMPP sesi ini.
Walaupun tidak dapat berbincang secara langsung dengan ketua DMPP disebabkan kekangan masa di pihak beliau,namun ana tetap berterima kasih kepada Kak Tini, setiausaha DMPP yang baru dan Dr. Rosni selaku ketua Nisa' Malaysia yang sudi meluangkan masa hampir 40 minit bagi membincangkan serba sedikit gerakan muslimat pada hari ini.
Suka ana nyatakan di sini, bahawa DMPP sesi ini bakal menggagaskan nafas baru dalam memimpin barisan muslimat untuk terus relevan di hati-hati rakyat Malaysia terutama bagi kaum wanita. Sifat jiwa besar yang terpancar dari mata mereka disulami pula sifat meraikan pandangan orang lain bisa membuatkan perancangan mereka lebih matang dan lantang untuk dilaksanakan.
Ana kira, ini merupakan tindakan yang sangat bijak dan perlu diteruskan oleh semua pimpinan DMPP pada sesi ini jika mahu merealisasikan agenda perjuangan mereka yang bertemakan; "Menyemarak Kemenangan, Menyatu Rakyat".
Ana menyeru kepada semua ahli muslimat yang masih di kampus mahupun di luar kampus supaya jangan terlalu beremosi dalam memberikan pandangan anda terhadap kepimpinan yang ada. Sebaliknya berilah kritikan yang membina beserta dengan cadangan-cadangan yang bisa menjadikan gerakan muslimat pada hari ini terus maju dan laju.
Andai sebelum ini dewan muslimat PAS disifatkan seperti 'kangkung yang layu', kini kita perlu berganding bahu membantu pimpinan yang ada untuk membentuk muslimat menjadi 'gerakan yang laju'. Ayuh muslimat, deraskan langkahmu...


~Melangkah dan terus melangkah melajukan muslimat yang layu~



Tuesday, June 9

RESPON (6) : KECEWA! DEWAN MUSLIMAT PAS "kangkung" LAYU?

Kakak-kakak, adik-adikku sayang...

Siapa kata muslimat tak mampu?

Siapa kata muslimat hanya terperok dalam kepompongnya?

Ayuh,Kita bergerak mendepani cabaran..

Ayuh, kepimpinan kampus,

asah dan gilap adik2 muslimat dan diri kita agar kualiti jauh lebih tinggi mengasak cabaran yang makin mencabar.

Kita mampu, dengan pertolongan Allah.

Kita bukanlah terperuk dalam kepompong, hanya ’syok sendiri’ memimpin dan berpidato di khalayak muslimat sahaja.

Kita diasuh dididik...Maka, apa segala ilmu dan pengalaman,Curahkan, hadiahkan, kongsikan bersama mereka diluar sana...

Adik2, kakak2 ku sayang,

Saya yakin, muslimat telah berusaha sedaya habis, mereka tentunya tak nampak, mana boleh sekodeng muslimat wat kijo.

Tapi Allah nampak usaha para muslimah sekalian.

Tapi, sebolehnya kita lakukan kerja yang nampak hasilnya.

Benar, Allah tengok usaha kita, bkn pada hasilnya sahaja.

Tapi, muslimat sayang, hasil yang baik yang kita tunjukkan akan menaikkan semarak semangat juang dan pengorbanan ribuan malahan jutaan Muslimat di luar sana.

Ayuh,Kenapa ditangisi hari semalam yang mendung, sedangkan awan mendung kan bergerak berlalu dan diterangi pula mentari yang riang.

Medan muhasabah di kala Muktamar ke-55 cukup memberi pengajaran dan pembelajaran.

Beruntunglah orang-orang yang mengambil iktibar dan menjadi ke arah yang lebih baik. Berilah khabar gembira kepada orang2 yang bersabar..

Ayuh, kita maju.

ISLAM di hadapan,

Musuh kiri kanan

Celaan dan sinis yang dilemparkan,

Kita tak gentar,

Kita tak lemah,

Kita tak putus asa,

kerana..Ia bukanlah suatu yang menghalang,

Bahkan,matlamat dan harapan kita

Jauh lebih besar dari itu.

ISLAM !

Tiada harapan yang lebih besar,

melainkan ALLAH lah harapan kita!!

MUSLIMAT......!!!POWER!!POWER!!POWER!!

TAKBIR!!ALLAHU AKBAR!!

p/s; mohon maaf kiranya terlalu kasar/menyinggung mana2 pihak. semoga langkahmu dan aku terus gagah, menggenggam bara api hinggakan ia bersemarak menyala...

Siiru ’ala barakatillah.


~akuhamba~

~Melangkah dan terus melangkah menyemarak kemenangan bersama muslimat~

RESPON (5) : KECEWA! DEWAN MUSLIMAT PAS "kangkung" LAYU?



THOYYIB!
Muslimat jangan melangit tak membumi.
Ana bersetuju dengan pandangan akhowat yang menulis dibawah tajuk "KECEWA! DEWAN MUSLIMAT PAS "kangkung" LAYU?" satu pemerhatian yang baik ana kira, sebagai kritikan yang membina juga ana rasai.
Terfikir juga ana, kenapa NISA' tak dinaikkan sebagai 'dewan'? Jika Muslimin dengan Dewan Pemuda, kenapa Muslimat tiada dewan nisa'? bagi golongan muslimat muda turut laku sebagai ad-daiwan jundi jg?
Alahai muslimat, sekiranya ada yang memikirkan perkara ini, maka saya lontarkan bola persoalan lingkaran minda sebagai lantunan anda kembali, kenapa dipersoalkan perkara begini? kenapa tidak menggembeling tenaga menghidupkan dan menggerakkan bahagian yang ada ni sehabis daya mungkin?
Muslimat muda belia tidak digunakan? Mungkin, mungkin ada di sebahagian tempat, tapi tak semua. Namun apa yang dilihat, muslimat lebih banyak menimbulkan persoalan-persoalan, tetapi kurang dari action. why not, buktikan kemampuan dan kepimpinan yang terlatih di kampus sebagai contoh, jangan cepat melatah dan duduk diam jika sekiranya kurang diberi tugas ataupun tiada perhatian dari dewan muslimat yang lebih berpengalaman (harapnya x jadi lah perkaa sebegini). Ambil ruang dan peluang dalam SIGMA, gerakkan NISA' kawasan. Siapa lagi? Kita, Muslimat!
Saya bersetuju, menyentuh antara pemuda & muslimat, jauh lagi ... itu yang boleh saya kata. saya menempelak diri saya, saya berbincang dan menegur dengan muslimat2 sekalian. Populariti? Kurang Kepimpinan Muslimat? Aiwah,Nak dilihat di kampus, Muslimat ramai yang punyai kepimpianan yang hebat, lantang bersuara. Tetapi rata-ratanya, ia bermain dalam kelompok muslimatnya sahaja. Maaf, jika ia begitu kasar kedengaran.
Jika yang benar-benar punyai kepimpinan, ya saya mengaku, ada muslimat yang terkadang kepimpinannya jauh lebih hebat daripada muslimin pun. Muslimat ni lah yang menggerakkan muslimin dalam bergerak kerja. Tetapi, apa sudah jadi bila keluar dari kampus? Owh, terikat dengan kerjaya, rumahtangga, ekonomi..
Benar, muslimat lebih ramai daripada bilangan muslimin. Ramai itu, didiklah dengan bersungguh-sungguh, agar kualitinya digilap membuahkan mutiara yang bergemerlap, bersama ke lapangan ummah, membawa sinar Islam yang cemerlang.
~akuhamba~

~Melangkah dan terus melangkah memainkan peranan sebagai muslimat~

Monday, June 8

SIGMA : MUSLIMAT JANGAN JADI KANGKUNG LAYU


Lirik lagu SIGMA
SERIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA (SIGMA)
Serikandi
Serikandi gerakan muslimat muda
Kami pencetus semangat waja
Kami penggerak ummah wibawa
Kami sayap kiri para mujahid
Kami muslimat hiasan duniawi
Serikandi gerakan muslimat muda
Ilmu ditimba menjadi cahaya
Membentuk peribadi insan mulia
Serikandi gerakan muslimat muda
Mari kita bersatu mengerah tenaga
Mari kita berpadu menentang jahiliyah
Bersama amalkan sunnah Rasulullah
Bersama menggapai mardhatillah
Serikandi gerakan muslimat muda
Pintalah pada Ilahi
Teguhkan hasrat di hati
Bersama jayakan misi
Moga cita kan terbukti...
SIGMA POWER!!!

~Melangkah dan terus melangkah mengalunkan lagu semangat perjuangan~

RESPON (4) : KECEWA! DEWAN MUSLIMAT PAS "kangkung" LAYU


Sukacita saya mengingatkan bahawa kemenangan itu datangnya daripada Allah swt. Juga pada masa yang ditentukanNya dan dalam bentuk yang dikehendakiNya. Maka menyemarak kemenangan perlu diarahkan kepada usaha amar ma'ruf nahi mungkar.
Agenda ini adalah sebagai usaha mengimarahkan bumi dan memajukan kehidupan, memimpin umat manusia dengan pimpinan yang matang, bersih, adil, telus dan berkebajikan menuju kepada keredhaan Allah swt.
Seruan semangat saya sampaikan kepada semua muslimat. Ayuh! Kita bina hati, minda dan wawasan positif agar setiap agenda disususn dan dihubung-jalinkan dengan ikatan petunjuk secara terus menerus dari Yang Maha Memberi Petunjuk.

~Ustazah Nuridah Salleh - Ketua DMPP 2009-2011~

~Melangkah dan terus melangkah menyemarak kemenangan menyatu rakyat~

RESPON (3) : KECEWA! DEWAN MUSLIMAT PAS "kangkung" LAYU?


Experts and observes say don't be panic or shock, don't be when it almost normal occurrences nowadays to get suicide cases, killing own child and afterwards killing oneself.
Working in jamaah is about trying to attain more of life. It could be stressful, very stressful sometimes, again if you are not equipped with the right preparation. What majority of us always forget or took for granted is emotional support. In some cases, those who are having a "hard time" and trying to re-consider their existence in jamaah only lack the emotional support of an understanding and supportive friends.
Largely, it's not the material aspects of jamaah that makes much of depressed, it's the diverse background that each ang every individual in jamaah carries. The different in family background, studies, financial constraint etc... Which what is actually needed to face this is simply as a sincere gesture of support.
Well, to succeed emotionally, everyone has to work. An individual has to develop it inside of oneself and also learn to give. The give and take concept. Being moderate emotionally, meaning not extreme to other sphere. Like the famous saying :
"Aim for the high; yet be prepare fot the worse".
Don't be overly gay when you're happy and don't be too sad when you're down. Just be moderate, so that we won't be too depressed when we fail to achieve our goal and won't forget to be grateful in our heyday. And don't forget to give it to those in need.
A blanket of emotional support and strength can solve lots of problem than you can ever imagine. It's a tip to face everyday life, a life that sure is never sound from any challenges. Challenges will always come, there will be nothing to stop it, and so we must be prepared emotionally to confront it. It said nowadays the secret to success is no longer your IQ level, yet those who can outshine in terms of EQ will rule the world. Emotional strength can get you through thick and thin.
~Nur Aainaa Bajuri - Mantan Pengerusi Helwani GAMIS 07/08~


~Step by step and take some time to re-strengthen our emotion~

RESPON (2) : KECEWA! DEWAN MUSLIMAT PAS "kangkung" LAYU?


Muslimat kangkung layu? Haha. =) Ok, ginilah. Kalau kangkung itu layu, atas dasar apa? 1, mungkin kita tak nak masak kangkung itu, jadi kita biarkan dalam peti ais sampai layu dibuatnya. 2, sebab memang kita tak nak beli/masak kangkung sebab kita tak suka kangkung.Jadi layulah ia.
Itu sebab siapa yang rasa dia muslimat, jangan dok dalam 'peti ais'. 'Masakkan' diri anda dengan 'perencah-perencah' masakan yang lain untuk manjadi 'lauk' yang sedap. Senang kata, berani ambil risiko, berani terima cabaran, berani atasi cabaran...agar kita lebih terkehadapan.
Yang muslimin pula jangan melihat daya yang ada pada muslimat dengan pandangan biasa. Tak semestinya anda tak suka kangkung, anda tak boleh beli. Mungkin anda boleh beli dan bagi orang lain makan. Maksud lebih mendalam, saya sokong akak mujahidah ni bagi idea letak muslimat untuk tampuk Naib Presiden PAS.Baru best.
Alahai muslimah...saya sendiri paling tidak berminat dengan siapa2 yang ada dalam zon selesa tetapi pemalas. Berasal dari keluarga pejuang, kawan2 sume solehah2, belajar agama, tempat belajar pun ada platform jemaah, family bagi sokongan...tapi nak jugak jadi golongan tukang angguk dan geleng.
Amat-amat berbeza sekali dengan situasi saya, tetapi saya sering belajar menerima cabaran, dan saya suka mencampakkan diri saya kepada cabaran. Baru ada 'life'... =)
Common la, agresif la sikit akak-akak, adik-adik. Tapi sikit2 ja, jangan lebih2. Still ikut batasan na. Akhir kata,saya boleh, anda boleh, kita semua boleh.
~http://nurealin.blogspot.com/~
~Melangkah dan terus melangkah menjadi kangkung yang tidak layu~